Hari Kitar Semula Kebangsaan (HKSK) 2017

Sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan 2017 bertemakan #PeluangKedua telah dilaksanakan pada 18 November 2017 (Sabtu) bertempat di Anjung Floria, Putrajaya. Majlis dirasmikan YB Menteri KPKT dan dihadiri oleh 6,500 orang pengunjung yang melibatkan pengisian seperti HKSK Fun Walk, Bengkel Waste Art for Kids, Bengkel Upcycling, Jualan Car Boot Sale, 3R Treasure Hunt, Pameran mengenai teknologi pengurusan sisa pepejal dan Jualan Food Truck.

Hari Kitar Semula Kebangsaan (HKSK) 2016

Sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan 2016 telah dilaksanakan secara bersama dengan agensi KPKT di Karnival KPKT pada 3-5 Disember 2016 bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Majlis disempurnakan oleh YB Menteri KPKT dan turut disambut bersama Hari Perancangan Bandar Sedunia, Hari Habitat Sedunia dan Hari Tandas Sedunia. Antara pengisian program adalah pameran berimpak tinggi, Pertandingan City Hunt, Zumba, Demonstrasi Upcycling dan Food Truck.

Hari Kitar Semula Kebangsaan (HKSK) 2015

Sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan 2015 telah dilaksanakan pada 14 Disember 2015 bertempat Taman Tasik Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur yang bertemakan #Asingkan. Program dirasmikan YB Timbalan Menteri KPKT dan melibatkan pengisian seperti Zumba, Pemberian KFC Percuma, Bengkel Upcycling, Program Derma Darah dengan kerjasama Pusat Darah Negara, Pertandingan Treasure Hunt, Demonstrasi Pengasingan Sisa Pepejal di Punca (SAS), Pertandingan Pengumpulan Barangan Kitar Semula, Pertandingan Mewarna dan Jualan Car Boot Sale.