Mengesyorkan dasar, perancangan dan strategi perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam kepada Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara.

    Melaksana, menggalakkan penyertaan dan mempertingkatkan kesedaran orang awam mengenai program kesedaran dan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.

    Menerapkan amalan kitar semula dan pengasingan sisa disumber secara sistematik disamping menekankan ciri-ciri pembangunan yang mampan meliputi aspek ekonomi, politik dan sosial.

    Memproses permohonan baru, pembaharuan dan pembatalan/penggantungan lesen pembekal perkhidmatan pengurusan sisa pepejal sehingga pengesyoran kepada Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara.

    Mengawalselia prestasi syarikat-syarikat yang membekalkan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.

    Mengenalpasti teknologi yang mesra alam, selamat dan kos efektif serta menjalankan penyelidikan berhubung dengan pembangunan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.

    Melaksana dan menguatkuasakan undang-undang pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.