Pelbagai aktiviti melalui ceramah, taklimat dan pameran telah dilaksanakan untuk memberi kesedaran dan pendidikan kepada masyarakat mengenai kebersihan dan penjagaan persekitaran. Masyarakat harus dididik pada peringkat awal lagi bermula daripada institusi keluarga, alam persekolahan, Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan seterusnya di peringkat kelompok komuniti melalui medium yang lebih interaktif untuk menarik minat setiap lapisan masyarakat.

Melalui aktiviti pameran berinteraktif, ia menjadi medium komunikasi yang dilakukan oleh SWCorp bagi menjelaskan kepada masyarakat umum mengenai hala tuju dan gerak kerja kerajaan dalam menguruskan isu sisa pepejal dan pembersihan negara. Disamping itu, ini juga inisiatif SWCorp bagi meningkatkan kesedaran awam terhadap kepentingan menguruskan sisa pepejal dengan baik seterusnya menjaga kebersihan negara.

SWCorp mengalu-alukan jemputan bagi memberi ceramah berkenaan isu pengurusan sisa pepejal di Malaysia. Ceramah merupakan salah satu medium penyampaian informasi dan pendidikan kepada pelbagai lapisan masyarakat. SWCorp sediakan menyampaikan ceramah kepada sekolah – sekolah, agensi – agensi kerajaan dan swasta, institusi-institusi pendidikan, taman perumahan dan kawasan tumpuan awam bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kebersihan persekitaran.