SISA INDUSTRI KOMERSIL & INSTITUSI

Modul

Industri

Komersil

Institusi

PENGENALAN

Sisa pepejal komersial, perindustrian dan keinstitusian merupakan sisa pepejal terkawal yang terkandung di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672). Bagi menjadikan pengurusan sisa pepejal lebih efektif dan mengurangkan masalah longgokan sisa secara haram daripada aktiviti komersial, industri atau institusi, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mewartakan dua (2) Peraturan pada 1 Ogos 2018 yang berkaitan dengan sisa pepejal komersial, perindustrian dan keinstitusian iaitu:

  1. i) Peraturan-Peraturan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (Skim Bagi Sisa Pepejal Komersial, Perindustrian Dan Keinstitusian) 2018
  2. ii) Peraturan-Peraturan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (Pelesenan) (Pengusaha atau Penyediaan Perkhidmatan Pemungutan Bagi Sisa Pepejal Komersial, Perindustrian Dan Keinstitusian) 2018.

Peraturan ini telah mewajibkan setiap penghasil sisa perlu mengasingkan sisa pepejal yang boleh dikitar semula dan yang tidak boleh dikitar semula seterusnya melantik syarikat perkhidmatan pemungutan yang berlesen untuk memungut sisa pepejal berkenaan dan seterusnya menghantar ke kemudahan pengurusan sisa pepejal yang telah ditetapkan bagi mengelakkan masalah pembuangan sisa pepejal secara haram. Kandungan di dalam peraturan juga menjelaskan peranan dan tanggungjawab semua pihak yang terlibat di setiap peringkat bermula dari penghasil sisa pepejal, perkhidmatan pemungutan, stesen pemindahan, perkhidmatan pengangkutan jauh serta kemudahan pengolahan dan pelupusan. Sekiranya berlaku ketidakpatuhan yang telah dinyatakan boleh di denda tidak melebihi RM10,000.00 sahaja. Selaras dengan penwartaan Peraturan ini, ianya diharapkan dapat mengawal aliran sisa pepejal, mengurangkan longgokan sisa pepejal secara haram, membangunkan pangkalan data dan mengoptimumkan kemudahan sisa pepejal sedia ada. Dokumen Peraturan ini boleh dimuat turun di laman web SWCorp atau Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara.

Jenis Sisa Pepejal Komersial, Perindustrian dan Keinsitusian

Apa-apa sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian yang tidak diguna semula, dikitar semula atau dikompos dan boleh diletakkan di dalam bekas;
Apa-apa sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian yang diasingkan untuk dikitar semula sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua;
Apa-apa sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian yang bersaiz besar yang tidak boleh diletakkan di dalam bekas, dan termasuklah perkakasan, perabot, batang pokok, dahan dan tunggul;
Ertinya pokok, daun, tumbuhan menjalar, rumput atau akar yang melekat dengan tanih dari taman atau halaman mana-mana premis komersial, perindustrian atau keinstitusian atau apa-apa sisa pepejal lain yang serupa dari taman atau halaman mana-mana premis komersial, perindustrian atau keinstitusian;

Kemudahan Pengurusan Sisa Pepejal Yang Ditetapkan

JOHOR
MELAKA
NEGERI SEMBILAN
WPKL
WP PUTRAJAYA
PAHANG
KEDAH
PERLIS

Hubungi Kami

Alamat

Bahagian Sisa Industri, Komersil Dan Institusi, Ibu Pejabat SWCorp, Tingkat 5, Blok J, Bangunan MKN Embassy Techzone, Jalan Teknokrat 2 63200 Cyberjaya, Selangor.

03-8312 4000

www.swcorp.gov.my/bsi