Selamat Datang

Laman Info 3R

LATAR BELAKANG

Di Malaysia, dianggarkan jumlah bahan-bahan kitar semula yang dibuang ke tapak pelupusan sampah setiap tahun adalah sebanyak 2.3 juta tan dengan anggaran nilai mencecah RM900 juta. Pada tahun 2013, jumlah penjanaan sisa negara meningkat kepada 33,000 tan sehari, berbanding 19,000 tan sehari pada tahun 2005. Ini bermakna purata pertambahan janaan sisa pepejal setahun secara linear ialah 6.7 peratus, iaitu jauh lebih tinggi berbanding purata kadar pertambahan di peringkat antarabangsa iaitu 3 peratus sahaja. Ini juga bermakna kadar pertambahan amaun sisa pepejal negara adalah dua kali ganda daripada sepatutnya. Sebagai negara maju, Malaysia mensasarkan 30 peratus (%) kadar kitar semula pada tahun 2020.

Pelaksanaan program-program berbentuk pendidikan kepada masyarakat merangkumi aspek:

1.    Pengetahuan mengenai pengurusan sisa pepejal yang betul dan amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle).
2.    Kesedaran masyarakat terhadap kepentingan amalan pengurusan sisa pepejal yang betul dan amalan 3R.
3.    Kaedah yang betul bagi melaksanakan amalan 3R.
4.    Pelaksanaan Recycle (kitar semula) melalui inisiatif Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca.

Pendidikan diberikan kepada kumpulan sasaran adalah berbeza mengikut kategori seperti berikut:

1.    Pra-sekolah dan tadika
2.    Sekolah Rendah dan Menengah
3.    Institut Pengajian Tinggi (IPT)
4.    Sektor Swasta / Industri
5.    Sektor Kerajaan
6.    Komuniti Taman Perumahan

Pembudayaan 3R

3R@Kids

Program Kitar Semula di Tadika (3R@Kidsmerupakan program pengumpulan barangan kitar semula yang dilaksanakan di tadika. Program ini bertujuan………

3R@Edu

Program Kitar Semula di Sekolah (3R@Edumerupakan program pengumpulan barangan kitar semula…..

3R@Comm

Program 3R di Komuniti (3R@Commerupakan program yang dilaksanakan melibatkan sesebuah komuniti atau taman perumahan yang terpilih.

3R@Govt

Program Kitar Semula di Pejabat Kerajaan (3R@Govmerupakan program yang dirancang bertujuan…

3R@Dthru

rogram Kitar Semula di Pasar Raya (3R@Dthrumerupakan program yang melibatkan kerjasama dengan pihak swasta bagi melaksanakan…..

MODUL 3R